BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 26 March 2013

Gesekan Biola Pantai...









Sedang aku berdiri di gigi air,mencari ketengan abadi,ombak menerpa bibir-bibir pantai,angin menghembus sepoi lalu terdengar suatu alunan muzik seakan gesekan biola menerpa di telinga. Seolah-olah mengalunkan kisah kehidupan...Senja mula menemani aku menghayati setiap gesekan yang di hembus oleh angin..Sambil itu aku lihat burung-burung terbang menuju pulang ke          sarangnya...
Bayu laut mula bertukar suhunya,disela-sela itu air mula surut meningggalkan bibir pantai...
Alunan gesekan tadi masih bermain di telinga ku..kata Opah, alam,haiwan dan manusia saling berkait tidak kira lah dari sekecil unggas di hutan mahupun nyamuk di bandar...
Angin terus  bergesek sehinnga kan satu rangkap kehidupan tercipta...


Deruan angin malam menderu tanpa henti menghimpunkan kisah kehidupan alam...
Pasang surut yang kadangkalanya sukar diramal membuktikan bahawa ciptaannya itu sungguh adil sifatnya.
Alam!.. Dalam diri kau terkandung tidak terkira banyaknya rahsia yang kau simpan..
Sungguh pun laut itu kering kau jadikan dakwat ,namun belum tentu mampu menyelongkar rahsia alam..
Begitu hebatnya ciptaan tuhan..
Alam dan manusia saling berkait walaupun tumbuhan itu di tempat yang hina..


Biola itu terus bergesek,alunan demi alunan terhasil..Senja mula berlabuh di sela bunyi riang-riang di hutan berlambai-lambai  meninggalkan bibir pantai...Aku mula mencari dimana lampu ayam yang diberikan Opah petang tadi..Hati mula berbisik pada minda ,"benar kata Opah,lampu ini sangat berguna pada waktu dahulu bila malam bertandang,maklumlah dahulu bekalan elektrik sukar di peroleh,tapi sayangnya asap pula menjadi langau..Mana tidaknya, asapnya tidak begitu menyenangkan, tumbuhan pun boleh merajuk..."
Hembusan angin begitu kuat malam itu,seolah-olah sedang marah..tapi pada siapa?.
Tubuh kecil ini mula terasa seperti di gigit angin...tiba-tiba kedengaran jeritan merdu sayup-sayup ditiup angin
di iringi gesekan daun gugur berterbangan..."Suara Opah rupanya.,menyuruh pulang.."
Siapa yang tidak risau kalau orang yang disayanginya tidak pulang walau hari sudah malam..
Jadi aku pun bergegas pulang lalu hati berdetik......



"Diriku ini masih setia menunggu
walau sudah tahu kau bukan milikku..
hati masih mengatakan tidak walau mulut berbicara ya mengenai kau..
setianya hati ini umpama pantai menanti kepulangan ombak..
cekalnya ombak kerana tidak mengalah bertemu pantai walau surutnya air sering menghalang ombak bertemu pantai.."







*hasil karya asli tiada menyalin mana-mana bahagian novel atau cerpen...
 
(maklumlah aq malas membaca haha....)


Saturday 29 September 2012

BULAN


         



TATKALA  BULAN  MENGAMBANG  AKU TERINGATKAN SESUATU 
SESUATU   YANG  SUKAR  UNTUK  KU  GAMBARKAN  BETAPA   
INDAHNYA CIPTAAN  ILLAHI  UNTUK  HAMBANYA.. 
  WALAUPUN TERANG BULAN ITU DATANG SERIBU TAHUN LAGI..

JIKA DIIZINKAN ILLAHI AKAN AKU TUNGGU DAN 
         
 INGIN SEKALI AKU  MENDAKAP BULAN ITU AGAR AKU  DAPAT            

 BERSAMANYA WALAU  BULAN  ITU DATANG  DAN PERGI...


andai di izinkan illahi untuk aq mendakap bulan itu,,akan aku hargai detik itu dan berdoa agar aq di izinkan pula memiliki mu bintang...

Monday 23 January 2012

Penantian Hari Esok

                                         
                                 




                                                          PENANTIAN HARI ESOK


Assalammualaikum....sebenarnya da lme aku nak tulis entry ni,,cume mase sahaja yang tidak
mengizinkan..alhamdulillah akhirnyya dapat juga ambil sedikit masa nak tulis entry ni..harap
kepada yang sudah bace komen la sikit ya...sedikit sebanyak dapat membaiki kelemahan aku
ny dalam menulis hehe...





Penantian hari esok..



benarkah hari esok pasti akan membuatkan diriku ini sedar betapa 
tinggi nya harga seorang teman?
jika ianya memang benar sanggup ku redah ribut tidak bertuan demi 
menunggu hari tersebut..aku sudah tidak sanggup lagi mengkhianati 
dan di khianati oleh mu teman..sudah tidak ku tahan bisa 
penyesalan yang telah mengalir lalu meresap pada tubuh ku ini..
umpama jasad tidak bernyawa..
wahai ribut tidak bertuan! diri ku ini sudah tidak gentar dengan 
kehadiran kau! datanglah engkau membadai diriku yang tidak 
bermaya ini..akan ku tunggu hari tersebut walau badai engkau itu 
mampu meleraikan jasad ku ini..aku lebih rela membelah engkau 
daripada bisa didalam jasad ku ini tidak terubat. 





sebelum aku tidak sempat menghargai mu teman ,, maaf kan lah diriku wahai teman permata kasih lautan merah

Thursday 8 December 2011

KISAH HUJAN





KISAH DISEBALIK HUJAN

sebenarnya aku sudah lama hendak menulis cebisan idea ni haha tapi banyak sangat halangan yang datang terpaksa la aku tanguh2 dan akhirnya berjaya juga sampai ke puncak menara ye...heheee
khas ditujukan buat tersayang....




kasih sayangku terhadap dirimu ibarat hujan yang turun dengan 

lebatnya lalu membasahi seluruh permukaan bumi lalu ia terus 

mengalir tanpa henti dan kasih sayang ku  terhadap dirimu telah

 mengalir dengan deras nya didalam tubuhku..seumpama derasnya air hujan yang mengalir tenang di sungai....tetapi sekatang ianya 

telah lama mati..mati terbuku jauh didalam hati..hanya engkau 

yang mampu menjadikan seperti asal dan hanya engkau jua yang 

mampu memeatikan nya...






ku harap hujan yang akan turun membasahi alam ini dapat 

mengembalikan kehijaun tumbuh-tumbuhan dibumi ini dan aku harap 

kasih sayangku juga akan terus mengalir segar didalam tubuh mu 

walau engkau tidak sedari nya...

Saturday 29 October 2011

   cinta yang mengukuhkan jiwa

                                    
CINTA YANG BERLANDASKAN KEJUJURAN KETULUSAN DAN BERPANDUKAN AGAMA ADALAH CINTA YANG  SUCI.KESUCIAN CINTA HARUSLAH DIJAGA,CINTA SEMESTINYA BERHULUKAN IMAN DAN BERMUARA TAKWA DAN KEBERSIHAN JIWA

CINTAKU PADAMU,
ABADI SEPANJANG ZAMAN,
TIDAK LEBIH TIDAK  KURANG OLEH ALASAN,
CINTAKU TIDAK BERALASAN KECUALI KEINGINAN MENCINTA,
CINTAKU TIDAK BERSEBAB YANG DIFAHAMI OLEH MANUSIA,
JIKA CINTAMU TIDAK BERALASAN SELAIN IA YANG KAU CINTA,
MAKA IA NYATA,
TIDAK AKAN LENYAP SELAMANYA,
JIKA CINTAMU DIGERAKKAN OLEH SESUATU ALASAN,
MAKA IANYA AKAN HILANG  BERSAMA HILANGNYA ALASAN


KHAS BUAT TERSAYANG..
KEHADIRAN MU DALAM HIDUP KU AMAT MEMBERI SERIBU SATU MAKNA YANG TIDAK TERHINGGA....

About Me

nama aku Faiz. boleh panggil aku Faiz. jadi panggil aku Faiz tapi aku lebih suka kalau panggil ujang...  :D