BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 26 March 2013

Gesekan Biola Pantai...









Sedang aku berdiri di gigi air,mencari ketengan abadi,ombak menerpa bibir-bibir pantai,angin menghembus sepoi lalu terdengar suatu alunan muzik seakan gesekan biola menerpa di telinga. Seolah-olah mengalunkan kisah kehidupan...Senja mula menemani aku menghayati setiap gesekan yang di hembus oleh angin..Sambil itu aku lihat burung-burung terbang menuju pulang ke          sarangnya...
Bayu laut mula bertukar suhunya,disela-sela itu air mula surut meningggalkan bibir pantai...
Alunan gesekan tadi masih bermain di telinga ku..kata Opah, alam,haiwan dan manusia saling berkait tidak kira lah dari sekecil unggas di hutan mahupun nyamuk di bandar...
Angin terus  bergesek sehinnga kan satu rangkap kehidupan tercipta...


Deruan angin malam menderu tanpa henti menghimpunkan kisah kehidupan alam...
Pasang surut yang kadangkalanya sukar diramal membuktikan bahawa ciptaannya itu sungguh adil sifatnya.
Alam!.. Dalam diri kau terkandung tidak terkira banyaknya rahsia yang kau simpan..
Sungguh pun laut itu kering kau jadikan dakwat ,namun belum tentu mampu menyelongkar rahsia alam..
Begitu hebatnya ciptaan tuhan..
Alam dan manusia saling berkait walaupun tumbuhan itu di tempat yang hina..


Biola itu terus bergesek,alunan demi alunan terhasil..Senja mula berlabuh di sela bunyi riang-riang di hutan berlambai-lambai  meninggalkan bibir pantai...Aku mula mencari dimana lampu ayam yang diberikan Opah petang tadi..Hati mula berbisik pada minda ,"benar kata Opah,lampu ini sangat berguna pada waktu dahulu bila malam bertandang,maklumlah dahulu bekalan elektrik sukar di peroleh,tapi sayangnya asap pula menjadi langau..Mana tidaknya, asapnya tidak begitu menyenangkan, tumbuhan pun boleh merajuk..."
Hembusan angin begitu kuat malam itu,seolah-olah sedang marah..tapi pada siapa?.
Tubuh kecil ini mula terasa seperti di gigit angin...tiba-tiba kedengaran jeritan merdu sayup-sayup ditiup angin
di iringi gesekan daun gugur berterbangan..."Suara Opah rupanya.,menyuruh pulang.."
Siapa yang tidak risau kalau orang yang disayanginya tidak pulang walau hari sudah malam..
Jadi aku pun bergegas pulang lalu hati berdetik......



"Diriku ini masih setia menunggu
walau sudah tahu kau bukan milikku..
hati masih mengatakan tidak walau mulut berbicara ya mengenai kau..
setianya hati ini umpama pantai menanti kepulangan ombak..
cekalnya ombak kerana tidak mengalah bertemu pantai walau surutnya air sering menghalang ombak bertemu pantai.."







*hasil karya asli tiada menyalin mana-mana bahagian novel atau cerpen...
 
(maklumlah aq malas membaca haha....)