Sedang aku berdiri di gigi air,mencari ketengan abadi,ombak menerpa bibir-bibir pantai,angin menghembus sepoi lalu terdengar suatu alunan muzik seakan gesekan biola menerpa di telinga. Seolah-olah mengalunkan kisah kehidupan...Senja mula menemani aku menghayati setiap gesekan yang di hembus oleh angin..Sambil itu aku lihat burung-burung terbang menuju pulang ke sarangnya...
Bayu laut mula bertukar suhunya,disela-sela itu air mula surut meningggalkan bibir pantai...
Alunan gesekan tadi masih bermain di telinga ku..kata Opah, alam,haiwan dan manusia saling berkait tidak kira lah dari sekecil unggas di hutan mahupun nyamuk di bandar...
Angin terus bergesek sehinnga kan satu rangkap kehidupan tercipta...
Hembusan angin begitu kuat malam itu,seolah-olah sedang marah..tapi pada siapa?.
Tubuh kecil ini mula terasa seperti di gigit angin...tiba-tiba kedengaran jeritan merdu sayup-sayup ditiup angin
di iringi gesekan daun gugur berterbangan..."Suara Opah rupanya.,menyuruh pulang.."
Siapa yang tidak risau kalau orang yang disayanginya tidak pulang walau hari sudah malam..
Jadi aku pun bergegas pulang lalu hati berdetik......
"Diriku ini masih setia menunggu
walau sudah tahu kau bukan milikku..
hati masih mengatakan tidak walau mulut berbicara ya mengenai kau..
setianya hati ini umpama pantai menanti kepulangan ombak..
cekalnya ombak kerana tidak mengalah bertemu pantai walau surutnya air sering menghalang ombak bertemu pantai.."
*hasil karya asli tiada menyalin mana-mana bahagian novel atau cerpen...
(maklumlah aq malas membaca haha....)
0 comments:
Post a Comment